Saturday, April 2, 2011

Solat Istikharah

Assalamualaikum...

Hari ini sy tergerak hati untuk berkongsi tentg cara2 nk mendirikan solat istikarah mengikut petunjuk yang bos sy berikan.. walaupun orgnya kdg2 suka merapu, tp beliau sgt warak dan dalam bab2 ilmu agama islam rasanya ilmunya sgt bagus utk dikongsi bersama.

Rakan-rakan, slalunya kita nk mendirikan solat istikarah bile nk tentukan jodoh je.. ye kn? padahal solat istikarah ni boleh dilakukan untuk byk tujuan terutamanya ketika kita menghadapi masalah untuk memilih pekerjaan, rumah, kereta, dan yg slalu org buat apabila nk memilih jodoh heee~ InsyaAllah jika kita rajin mengerjakan solat ini, pasti Allah akan memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita.. InsyaAllah :)

Apa-apa pun, sebelum ni sy tak tergerak hati utk mendirikan solat istikarah ni, tapi apabila ada satu masalah berat menimpa sy dan sy rasa sy tak tertanggung lagi, sy minta pendapat rakan-rakan dan rata2nya menyuruh sy membuat solat istikarah.. lalu sy dengan tekad bertanya kepada bos sy coz sy tau sblm die pernah melakukan solat istikarah.. tp disebabkan orgnya warak maka petunjuk yg Allah berikan kpdnya agak cepat dan Alhamdulillah dia telah menempuhinya.. tp malangnya bg sy, sy terasa masih kekurangan ilmu dan masih dlm proses mempelajari, mendalami dan mengaplikasi ilmu Islam. Jadi, sy tanya2la kot2 ada jalan pintas yg lebih lancar utk mendapat petunjuk mengenai masalah sy ni.. kalo nk mimpi, mgkin petandanya lmbt smp atau sy tak dpt terjemahkan lgsg petanda tu huhu~

So briefly, mengikut bos sy, solat sunat istikharah perlu dimulakan dengan melakukan solat sunat taubat supaya Allah dpt mengampunkan dosa2 kita yg kdg2 kita sndiri tahu bnd tu dosa tp buat2 tak tahu, manusia mmg slalu alpa. Seterusnya kita lakukan solat hajat pula dengan memohon kpd Allah supaya Allah memberi petunjuk terhadap perkara pilihan kita itu. Seterusnya barulah kita melakukan solat sunat istikharah tersebut. Dan salah satu alternatif yg juga sy boleh kata jalan pintas (sekadar mencuba, Allah maha mengetahui) kita boleh sediakan senaskah Al-Quran dan senaskah lagi terjemahan Al-Quran.. di sini, selepas kita habis melakukan solat istikharah tersebut, membaca doa, dan kita terus buka Al-Quran di mana tergerak hati kita nk buka.. lalu kita baca skeping mukasurat di sebelah kanan kita.. setelah selesai membaca surah tersebut, kita buka pula terjemahan Al-Quran utk mengetahu maksud surah yg kita baca td.. jgn lupa utk catitkan surah tersebut kerana kita perlu melakukan rutin ini selama 3 hari berturut-turut.. setelah selesai 3 hari, kita baca kesemua maksud2 surah yg kita buka td, sekiranya Allah memberi petunjuk yg jelas, maka fahamlah kita, tp jika kita tak dapat nk tafsir terjemahan tersebut, kita haruslah merujuk kpd yg pakar.. InsyaAllah, petunjuknya diberikan melalui naluri kita.. Sesungguhnya Allah maha mengetahui...

Rakan-rakan, di bawah ini sy sertakan cara-cara mengerjakan ketiga-tiga solat yg sy katakn td, cara-cara ini dipetik drpd laman web lain ye, bukan hakmilik sy, sy hanya merujuknya shj.. dan atas sbb beberapa perkara, sy mohon agar anda melayari sndiri cara-cara solat sunat tersebut kerana sy takut sistem copy & paste di sini telah melarikan ayat jawi.. insyAllah, ayat rumi masih sama...

SOLAT SUNAT TAUBAT 

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseorang itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar,  munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharam, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.

Lafaz Niat

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)  melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

SOLAT SUNAT HAJAT

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

NIAT SOLAT HAJAT

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala 

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.

Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH 

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
 
NIAT SOLAT ISTIKHARAH

Sahaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun  pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

Doa Solat Istikharah


"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."


So, kwn2.. semoga sedikit info yg sy berikan ini dapat membantu korang dlm menentukan apa2 saja pilihan yg bakal korg hadapi.. untuk ceritakan kisah istikarah sy, mgkin lain kali kali kalo rajin sy coretkan la.. Ingat ye, ALLAH yang lebih mengetahui.. Semoga dosa2 kita diampunkan oleh Allah.. Insyallah~


Salam...


*poofff*