Saturday, January 29, 2011

Ketidaksabaran menunggu twilight saga..

Hello u ollss..

Hehe.. walaupon tak ramai followers tp nk citer gak tentang addiction aku ni..

Skarang hampir tiap2 ari ak akan tgk movie twilight yg telah di save dlm laptop ak, itu pon tak termasuk dvd new moon dan eclipse yg akan ditonton smggu skali huhu.. Rase2nye addiction thadap twilight saga mmg dh kritikal.. kerana tak sabo sgt menunggu last saga iaitu breaking dawn, aku akan baca novel yg tebal cam buku law of evidence tu berkali2 even tak makan tak minum pon takpe (tp kalo tido xlehla, harus utamakan tido utk mendapat tido yg berkualiti ngeh3~) begitulah panahan cinta edward & bella sehinggakn membuatkan ak ingin menamakan anakku isabella satu hati nnt hehe (tp tak mngkin kot).. walaupon ak menyukai jacob tp keromantikan edward mmg tiada tolok bandingnya.. altho ak sgt tak suka si robert pattinson yg busuk (fakta ok, die tak suka mandi & sikat rambut) tp dia bjaya membawakan watak edward dgn baik.. so tepuk2.. utk bella yg dipegang oleh kristen stewart, she's the best, blur, sporty & beautiful.. mesmerizing babe..

Ape2 pon, ak sgt bharap agar tayangan breaking dawn dpt dicepatkan, lambat tu nk tggu september, dhla pecah 2 bhgian, lmbt oo nk tggu, nnt lps kawin maneleh nk layan citer ni ari2 hukhuk~ apa2 pn smoga breaking dawn takkan mengecewakan ak.. skang di youtube asyik lyn gosip2 pcintaan edward & bella.. so sweet hehe

Friday, January 14, 2011

Serius, tak faham!!!

Haluuu.. hmm.. mula2 pk perlu ke tak untuk I masukkan this topic in my blog, but then pk punye pk, I decided untuk meluahkan ape yang terbuku-buku di hati kerana serius aku tak faham. Dipendekkan citer, ak pk bagaimana kekuasaan Allah telah mencipta pasangan yang berbeza sifat tapi masih boleh bersama, contohnye awek cun, pakwe buruk, pakwe ensem, awek plak bole2 aje.. mmg hebat kekuasaan Allah.. So, bnd yang ak sgt tak paham ialah ape yang seorang lelaki nak daripada kekasih die.. yela, bile ak tgk orang-orang di sekeliling ak terutamanya laki, diorang mmg sangat2 sukekan kebebasan, yang penting ada masa untuk bersendirian dan sgt2 suke melepak dengan kawan2.. tp dalam kes ak, cam terbalik plak.. rase2 ak telah mengambil watak lelaki di mana masa untuk bersendirian dirasakan lebih berkualiti kerana setelah penat sehari suntuk kerja perah otak nk buat hujahan-hujahan which is certain people ingat senang, maka adalah penting masa tersebut digunakan untuk muhasah diri.. but then, sesetengah orang merasakan dirinya terabai kerana sikapku ini..serius ak tak faham!!

Ape yg aku fikirkan ialah untuk memberi ruang kebebasan kpd lelaki yang bakal ak kahwini nnt untuk mendapat masa berkualiti bagi dirinya atau nk enjoy puas2...dipersilakan. Kerana di dalam fikiranku, setelah berkahwin nnt kita akan hidup dengan lelaki tersebut selama-lamanya (jika diizinkan Allah).. bayangkan kita hidup smp 80 tahun kire habis kuatla, maknanye kite akan menghabiskan masa kira-kira 55 tahun dengan laki tersebut.. perghhh.. boleh mati kutu kalo aktiviti yang sama dibuat untuk tempoh masa 55 tahun. Tu belum lagi ditambah dengan cerita2 yg sering kita dengar di akhbar2 terkini suami ditangkap khalwatla, melakukan kegiatan tidak bermoral la, cari bini lain la.. dan bermacam2 lagi. Ini kerana mmg sifat semulajadi seorg lelaki apabila dia belum dapat maka dia akan kejar habis-habisan tapi apabila dh dapat maka mulalah cari alasan boring, pastu nk tambah bini baru.. so, menipula kalo kata setia pada yg satu.. berani potong jari kerana mmg 'mother nature' sume laki nk kahwin lebih daripada satu tapi cuma dihalang oleh sebab-sebab tertentu macam my father always said.. "kemahuan ada, kemampuan takde" hehe..

Oleh itu, amat2 dinasihatkan kepada kaum2 wanita atau lelaki agar beri sedikit kebebasan kepada pasangan anda sebelum kahwin untuk dia meluangkan masa kualiti dirinya sendiri, ini tidak.. 24 jam sebok nk tepon tanya pakwe kat mana, dh balik keje ke belum, nk manja2, nk gedik2 itu ini.. 24 hours ok!! Sungguh tak tertahan.. (adekah ak bercakap bagi pihak lelaki atau diriku sendiri.. hehe).. Kalo skang dh sebok nak control2, time kahwin nnt kire2 1 thn je leh control, pastu selamat tinggalla, mata dh mula meliar cari yang lain..sebab dh boring katanye.. so plzla.. sebagai perempuan, kita ada maruah sndiri, tambah lagi kalo kita ada keluarga yang besar, ada tanggungjawab, sila tanya pada diri sndiri, adekah kite telah melangsaikan hutang tanggungjawab kita kepada kedua ibubapa? Kalo belum, ak berharap sangat kepada pakwe atau makwe tersebut untuk memahami keadaan tersebut. Ak berpesan kepada wanita dan juga kepada diriku, time2 single nila kita nk bermanja dengan mak bapak kita kerana walau apa terjadi sekalipun, kita ada 1 mak dan 1 bapak je, takkan ada pengganti.. Maka kpd pasangannya, silalah faham!!! Nnt bile dh kahwin, bukan senang nk balik jumpa keluarga, tambah lagi kalo raya, tiap2 tahun confirm gado nk balik umah family sape.. tak ke haru tu..

Malas membebel panjang, kalo ade idea lagi, lain kali ak post hehe.. tapi tolongla, kepada kawan2 yg telah bercouple, tolongla faham dan meneliti keadaan pasangan masing2, ada masanya kita boleh bermanja, ada masanye kita perlukan masa bersendirian.. plzla, dh kawin nnt ko kepitla 24 jam.. tak luak pon, takot nnt bile dh dapat terus tak hingin nk kepit.. sape nk jawab? dhla.. serius ak tak faham!!! 
*pooofff*   

Friday, January 7, 2011

Dear Diary Part 1

Dear Diary,

Kerja itu telah diletakkan selama seminggu sebelum due datenye, maka perlulah untuk seorang pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk menyemak sebelum dihantar. Maka setiap hari Cik Yun saban hari mengingatkan pemimpinnya untuk menyemak kerja tersebut tapi malangnya, setiap kali jawapan yang akan dilontarkan adalah "kejap lagilah saya cek".. maka Cik Yun pun terima ayat tersebut dengan penuh senyuman tetapi dalam hatinya kekecewaan hanya Allah saja yang tahu.. Hai la nasib.. 

Maka pada beberapa hari sebelum due date yg Cik Yun rasakan sangat genting, sekali lagi Cik Yun bertanyakan tentang kerja tersebut kepada pemimpinnya dan untuk berjuta kali sekiannya, pemimpin tersebut berkata "saya tak sempat cek, awak buatlah apa yang patut".. Dikala itu, Cik Yun merasanya bahawa dunianya punah kerana perkara tersebut seringkali berlaku sehinggakan Cik Yun tidak tertahan lagi menanggung beban sekiranya kerja tersebut not up to the standard maka Cik Yun akan dipersalahkan oleh kepala pemimpin dan kemudiannya oleh pemimpin yang dirinya sendiri refused to check the work..

Itulah nasib Cik Yun, terimalah kenyataan, walaupun sekuat mana iman dan amal seseorang manusia itu kepada tuhannya, dia tetap akan ada kelemahan.. itulah kuasa Allah SWT, disebalik sifat positif yang Allah berikan, pasti terselit sedikit sifat negatif untuk mengimbangi dirinya, well nobody is perfect kan...

Maka, untuk pemimpin tersebut, ada satu nasihat kepada dirinya.. hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi yang menyentuh tentang kewajipan pemimpin;

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti."

Semoga hidupmu diberkati Allah...
*pooofff*

Hello 2011..

Well3.. xsedar tetibe dh masuk 2011, pastu masuk 2012 dh nk kiamat..kidding hehe coz slalu sgt tgk moie 2012 yg mengarut, harap2la xde umat Islam yang akan pecaya citer tu.. So, bile recap balik tahun 2010, masa byk dihabiskan dgn tgk movie & shopping.. best2.. rase2 dlm stahun ni dh 24 movie yg ditengok (satu pencapai yg baik utk industri cinema negara) hehe.. so, pasni rase2 nk apply credit card gsc eon so that I bole dpt discount bile nengok movie.. so ade sape2 sales girl/boy yg nak approach saye buat credit card tersebut dipersilakan hehe

Hmm.. rase2 mcm nk listing je movie ape yg dilihat pd tahun lps, tp kena usha balik tiket2 yg telah disimpan dlm diary (I simpan ye sume tiket movie yg I tgk.. hebat tak? hebat tak?) Tp, so far yg paling best & enjoy tgk adelah twilight semestinya dan citer Melayu tentulah ngangkung & hantu kak limah, leh pecah perut gelak, satu terapi yg baik utk lepaskan tension dgn dunia ondeng-ondeng huhu.. So, utk tahun 2011, kite akan start dgn citer box office paranormal activity 2.. blambak citer antu kt panggung ek, agaknye best manusia nk kongsi idop dgn antu.. tp ape2 pn harap2 xterserempak dgn makhluk Allah tersebut kerana pabila deria ke-6 saye terbuka, maka ia akan terbuka slama-lamanya.. maka TAKOTTT..

Dahla, patutnye 2011 org citer pasal azam, ni pasal nk tgk movie plak.. for me, azam sndiri taruk dlm minda & semangat untuk mcapainye.. takde smangat xgune gak, lgpun bukan tcapai sume pn, yg penting we live like we r dying.. hooyeeahhh.. c u next post *poooffff*