Friday, January 14, 2011

Serius, tak faham!!!

Haluuu.. hmm.. mula2 pk perlu ke tak untuk I masukkan this topic in my blog, but then pk punye pk, I decided untuk meluahkan ape yang terbuku-buku di hati kerana serius aku tak faham. Dipendekkan citer, ak pk bagaimana kekuasaan Allah telah mencipta pasangan yang berbeza sifat tapi masih boleh bersama, contohnye awek cun, pakwe buruk, pakwe ensem, awek plak bole2 aje.. mmg hebat kekuasaan Allah.. So, bnd yang ak sgt tak paham ialah ape yang seorang lelaki nak daripada kekasih die.. yela, bile ak tgk orang-orang di sekeliling ak terutamanya laki, diorang mmg sangat2 sukekan kebebasan, yang penting ada masa untuk bersendirian dan sgt2 suke melepak dengan kawan2.. tp dalam kes ak, cam terbalik plak.. rase2 ak telah mengambil watak lelaki di mana masa untuk bersendirian dirasakan lebih berkualiti kerana setelah penat sehari suntuk kerja perah otak nk buat hujahan-hujahan which is certain people ingat senang, maka adalah penting masa tersebut digunakan untuk muhasah diri.. but then, sesetengah orang merasakan dirinya terabai kerana sikapku ini..serius ak tak faham!!

Ape yg aku fikirkan ialah untuk memberi ruang kebebasan kpd lelaki yang bakal ak kahwini nnt untuk mendapat masa berkualiti bagi dirinya atau nk enjoy puas2...dipersilakan. Kerana di dalam fikiranku, setelah berkahwin nnt kita akan hidup dengan lelaki tersebut selama-lamanya (jika diizinkan Allah).. bayangkan kita hidup smp 80 tahun kire habis kuatla, maknanye kite akan menghabiskan masa kira-kira 55 tahun dengan laki tersebut.. perghhh.. boleh mati kutu kalo aktiviti yang sama dibuat untuk tempoh masa 55 tahun. Tu belum lagi ditambah dengan cerita2 yg sering kita dengar di akhbar2 terkini suami ditangkap khalwatla, melakukan kegiatan tidak bermoral la, cari bini lain la.. dan bermacam2 lagi. Ini kerana mmg sifat semulajadi seorg lelaki apabila dia belum dapat maka dia akan kejar habis-habisan tapi apabila dh dapat maka mulalah cari alasan boring, pastu nk tambah bini baru.. so, menipula kalo kata setia pada yg satu.. berani potong jari kerana mmg 'mother nature' sume laki nk kahwin lebih daripada satu tapi cuma dihalang oleh sebab-sebab tertentu macam my father always said.. "kemahuan ada, kemampuan takde" hehe..

Oleh itu, amat2 dinasihatkan kepada kaum2 wanita atau lelaki agar beri sedikit kebebasan kepada pasangan anda sebelum kahwin untuk dia meluangkan masa kualiti dirinya sendiri, ini tidak.. 24 jam sebok nk tepon tanya pakwe kat mana, dh balik keje ke belum, nk manja2, nk gedik2 itu ini.. 24 hours ok!! Sungguh tak tertahan.. (adekah ak bercakap bagi pihak lelaki atau diriku sendiri.. hehe).. Kalo skang dh sebok nak control2, time kahwin nnt kire2 1 thn je leh control, pastu selamat tinggalla, mata dh mula meliar cari yang lain..sebab dh boring katanye.. so plzla.. sebagai perempuan, kita ada maruah sndiri, tambah lagi kalo kita ada keluarga yang besar, ada tanggungjawab, sila tanya pada diri sndiri, adekah kite telah melangsaikan hutang tanggungjawab kita kepada kedua ibubapa? Kalo belum, ak berharap sangat kepada pakwe atau makwe tersebut untuk memahami keadaan tersebut. Ak berpesan kepada wanita dan juga kepada diriku, time2 single nila kita nk bermanja dengan mak bapak kita kerana walau apa terjadi sekalipun, kita ada 1 mak dan 1 bapak je, takkan ada pengganti.. Maka kpd pasangannya, silalah faham!!! Nnt bile dh kahwin, bukan senang nk balik jumpa keluarga, tambah lagi kalo raya, tiap2 tahun confirm gado nk balik umah family sape.. tak ke haru tu..

Malas membebel panjang, kalo ade idea lagi, lain kali ak post hehe.. tapi tolongla, kepada kawan2 yg telah bercouple, tolongla faham dan meneliti keadaan pasangan masing2, ada masanya kita boleh bermanja, ada masanye kita perlukan masa bersendirian.. plzla, dh kawin nnt ko kepitla 24 jam.. tak luak pon, takot nnt bile dh dapat terus tak hingin nk kepit.. sape nk jawab? dhla.. serius ak tak faham!!! 
*pooofff*   

4 comments:

  1. Sabar yer cik ruru.... aku juga tidak suka dikawal gerak geri...selagi tak gocang tangan, kita still kena ikut perintah ayah bonda..tol x?..hmm...perlu ke kena report 24 hrs..aku rasa tak perlu kottttt!!!...rimas siottt

    ReplyDelete
  2. BTW, pasal couple skrg, rimas kot aku nengok dok berkepit 24jam. Esok2 pas kawin, hilang kemanisan nak bermesra2...hahaha..tu yg bertambah-tambah boring kuasa 2. mcm nk lempang jer...diorg ingt diorg jer ker ada pakwe/makwe....ish2..bertambah-tambah susut nilai..oppttsss

    ReplyDelete
  3. nape ak x perasan post nie....
    aku pon x paham jgk....

    ReplyDelete
  4. Stuju dgn ape yg fath cakap.. tp nk wat camne, skang ni ustaz pon leh kena tgkap basah.. apetah lg manusia biase..
    shea, ak lagi3 tak paham huhu~

    ReplyDelete