Wednesday, May 30, 2012

The Power of Lemon Tree~


Assalamualaikum... well hello frenz, lama update blog, since xde ape benda nak cerita sangat so I nak berkongsi Petua yg telah dicedok dr yahoo.. Petua ni nampak sesangat menarik kerana sebelum ni I xtau pun dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis LEMON ada banyak khasiat2 yg tersembunyi malah memberi kesihatan optimum kpd tubuh badan kita. Jom usha apa khasiat2nya:- 

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dgn Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yg amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus utk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dgn betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman slps bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yg menakjubkan. Percaya atau x, lemon bertindak sbg asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dlm badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 

Membantu masalah mengurangkan berat badan (Ni I suka.. maklumla mencanak 12kg!)
Bagi mereka yg mempunyai masalah berat badan yg sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yg diidamkan, kerana lemon mempunyai khasiat serat pektin yg tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dgn mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 

Masalah penghadaman
Bagi mereka yg berasa ada makanan yg tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sbg mineral dan vitamin yg membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yg x diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dlm satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yg demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. 

Kulit cerah dan bersih (Ni pn I suka.. sapa xnk cantik kn?)
Seharian kita didedahkan dgn cuaca yg terik dan habuk yg banyak. Mulakan hari anda dgn menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yg tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. 

Mengelakkan dehidrasi
Air yg mencukupi amat penting utk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu x dapat bergerak dgn betul jika x meminum air dengan kuantiti yg banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.


Haaa.. kn banyak khasiat tu.. apa lagi, balik keje nnt dgn serta-merta I nk gi shopping LEMON dgn tujuan untuk menyerap kelebihan2 di atas especially nk kurus & chantek~ I wonder how, I wonder why.. and all that I can see just a yellow LEMON without the tree oh lalala~

Ehsan: Yahoo...... Bubye *pooofff*

No comments:

Post a Comment