Wednesday, December 4, 2013

Keguguran Part 1

Assalamualaikum...

Dah lama kak yun tak update blog ni.. ohh... begitunya takde masa nk mencoret, akhirnya tergerak hati juga nak mendiarykan kisah hidup kak yun dalam ni. Tapi ni bukannya kisah yang gembira tp lebih kepada kisah yang menyedihkan.. Nak buat macam mana, dh takdir.. kata Allah "kun fayakun".. kalo nk jadi, maka jadilah ia.. Kak yun pn percaya pada qada & qadar, sekiranya belum rezeki kak yun lagi, maka kak yun redha (ikhlas ye...) (T-T) Yang penting Allah memaafkan & menghapuskan dosa-dosa lampau kak yun dengan dugaan & kesakitan & kesedihan yang kak yun hadapi ini.. In Shaa Allah~

Ceritanya begini...
Pada 15/11/2013 tetiba rasa gatal tgn nk buat UPT sebab rasa2nya mcm bulan mengambang dh terlewat, kak yun guna yg clearblue digital tu.. dan Alhamdulillah rezeki yang xdisangka kak yun disahkan pregnant 1-2 weeks, ape lg.. tangisan kegembiraan bercucuran sebagai tanda kesyukuran kepadaNya.. 

Dipendekkan cerita, walaupun disahkan pregnant kak yun yang dulunya bekas atlet karate sangat aktif bergerak ke sana sini al-maklumla keje kak yun menuntut kecergasan fizikal untuk travel ke sana sini & angkat file yg bukannya nipis2 belaka.. haihh

Sehari sebelum kak yun  disahkan positif pregnant, kak yun dgn bangganya telah travel ke Hulu Selangor dr KL ni, hujung minggu tu Kak Yun ke Jengka, Pahang sbb ada kenduri, the next weeknya kak yun balik Penang plak sebab ade kenduri sepupu kak yun.. Panjang betul langkah kaki kak yun ni (walaupun sebenarnya naik kereta kan).. Nak dijadikan cerita, badan kak yun mmg terasa letih sgt, apetah lg kadang2 terasa cramp di bhgian rahim akibat kereta terhentak terlanggar lopak atau sewaktu brek kereta.

Bila dh balik Penang tu faham2 sajela makanan mmg confirm sedap2 belaka, so pd hari Sabtu 23/11/2013, lps kenduri di rumah pengantin perempuan, kak yun & hubby pun tertido sbb badan letih sangat, kesan travel malam hari Jumaat tu xhabis lagi. Bila dh bangun petang tu perut lapaq la pulak, so kami pun pi makan tokua rendang (tauhu rendam) kt bazar penang road tu... bila makan xkena plak kalo xminum sirap selasih kan.. So kak yun pn dengan bangganya minum air tu sikit.. tetiba hubby suruh stop sebab terasa ada air kelapa hee.. Yang kak yun ni pn terlupa yg sirap selasih tu mmg air kelapa cmpoq sirap campoq biji selasih kan, bedal je sikit. So hubby pn suruh minum air lain sbb semua orang dh pesan kalo early pregnancy xboleh minum air kelapa, air tebu, makan nenas, makan jeruk. Kesimpulannya makanan yang bersifat tajamla sbb kalo perut xtahan, akan membahayakan kandungan tu.. bahasa mudahnya mungkin menyebabkan keguguran.

Pada 24/11/2013, kak yun & family pun bertungkus lumus menjayakan kenduri sepupu kak yun. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Disebabkan kak yun boleh solat jamak, so kak yun pn decide untuk jamak qasar takhir je. So, kak yun pegila surau yang dekat dengan dewan kenduri tu untuk solat asar. Alangkah risaunya kak yun bila kak yun tengok ada kesan coklat yang panjang di panty liner, so lps bersihkan badan & solat, kak yun pn start la google2, yahoo2, babycentre ape yang patut untuk mengesan apekah yang menyebabkan kesan coklat tersebut. Kak yun rasa lega sikit bila info2 yang kak yun dapat tu menyatakan bahawa keputihan berwarna coklat adalah biasa untuk preggy mommies. Keputihan mmgla biasa untuk pregnant woman, tp warna coklat?? hmmm musykil~

Kak yun xcerita pn pasal kesan tersebut pada family kak yun, so kak yun & hubby pn bersiap2 balik ke rumah mertua kak yun sebelum kami bertolak balik ke KL since boss dh bekukan cuti semata-mata untuk buat collection bill pada akhir tahun. So kak yun pn pegila mandi, lagi sekali terkejut bila kesan coklat tu makin panjang pulak di panty liner. Xleh jadi ni, kak yun bagitau hubby, so kami decide pegi ke klinik untuk mengetahui sebabnya, time tu pn dh pukul 9 lebih, mak aihhh nak cari klinik yg buka lebih daripada pukul 9 punyala payah kat butterworth ni, yang buka pulak doktornya semua lelaki.. malu la kak yun kalo doktor tu main pegang2, lagipun maruah kita sebagai perempuan nk letak di mana? Batasan aurat dalam Islam pn xmembenarkan perkara tersebut berlaku, maka kak yun usaha gak nk cari doktor perempuan Islam.

Lagi satu, kak yun kena cari yang ada lambang PMCare sbb klinik tu jela klinik panel hubby kak yun di mana kak yun menerima manfaat tanggungan kos perubatan (TQ office hubby). So sebagai langkah untuk menjimatkan kos perubatan, pusing punya pusing, hanya satu je klinik panel yang buka iaitu klinik Xavier kat bagan. Since perut kak yun dh cramp teramat sangat, hubby kata jumpa jela dengan doktor walaupun lelaki cina, maka kak yun relakan jela. Bila turn kak yun jumpa doktor, kak yun pn bgtau simptom2 yang kak yun alami, doktor cina yang muda belia tu pn xcheck, dia suruh kak yun gi hospital sebab tanda2 tersebut adalah tanda2 miscarriage... owh... luluhnya hati kak yun, hanya Allah yang maha mengetahui. Tapi kak yun kuatkan semangat & berharap baby kuat & tabah menghadapi saat2 ini bersama kak yun. Kak yun pn dapatla MC 1 hari untuk kak yun gi buat check up di hospital esok. Bila balik dari klinik, mertua kak yun bg kata2 semangat, katanya belum tentu lagi sbb ada keadaan terjadinya pendarahan tapi baby ok, atau kemungkinan terjadinya twins. So malam tu kak yun tido dengan hati yg bercampur baur & sendu~

Bersambung...

*poofff*




No comments:

Post a Comment