Tuesday, September 30, 2014

Keguguran Part 2

Assalamualaikum,

Tu diaaaa... punyala lama kak yun nak sambung citer keguguran Part 2 ni haha~ nak wat camne, masa mmg xmengizinkan kak yun update blog ni, tugas sebagai seorang isteri yang bekerjaya mmg sgt mencabar hihi..

Okla, pada pagi2 25/11/2013 tu kak yun dgn hubby dan juga bertemankan mama kak yun bergegas ke KPJ Perda untuk mendapatkan result stain coklat yang berlaku semalamnya.. Usha punya usha, rupa-rupanya kt hospital tu ada sorg je gynea perempuan islam, anak Tan Sri pulak tu~ (aiyakkk bill dia mesti mahal punya huhu).. Maka dengan menggunakan kad PMCare hubby, kami pun register untuk check sama ada Guarantee Letter (GL) diluluskan atau tak. Tapi budak kaunter tu cakap nk tggu confirmation GL mmg lama, so hubby kata xpayah tunggu sbb dia risau sangat, so terus je mintak untuk jumpa gynea tu. Apa-apa result drpd GL tu kami pasrah jela, bayar pn bayar la.. doa2 harga bill xtggi la hukhuk

So, dipendekkan cerita.. masa dh masuk jumpa gynea tu, alahai~ mukanya xbersenyum, sebutir kita tanya, sebutir dia jawab.. dhla org tgh bersedih pastu xdpt plak kata-kata moral support dr gynea.. sedih mmg sedih huhu gynea tu terus scan kak yun, katanya hanya nmpak kantung je, isi di dalamnya dh xde tapi utk lebih kepastian, dia suruh kak yun buat blood test untuk tengok betul tak kak yun still pregnant. So proceed la pulak ke bilik blood test, kena tggu 2 jam kemudian untuk dapatkan result. Lepas dr result tu gynea cakap bacaan hCG kak yun hanya 141.4 yg mana sepatutnya bagi orang pregnant 5-6 minggu bacaan hCG adalah antara 850-20800 huuuu sedihnya tapi kak yun xputus harapan lagi... gynea pn bagila MC kt kak yun untuk bed rest selama 3 hari start dari 25 sampaila 27 Nov tu beserta ubat duphaston untuk hentikan bleeding & hopefully dapat menguatkan rahim kak yun bagi pregnancy ni~ Guess what? total bill time nk ambik ubat tu berjumlah RM400++ (Consultation, blood test & medicine) hooooo tersembur kak yun & hubby.. tp since dh jangka, kak yun pn pasrah membayarnya huuuuu~

Bila balik dr hospital tu kak yun pn mmg betul2 la bed rest sambil makan ubat, dr pagi ke petang ke malam kak yun rasa lega sangat sbb xde pun kluar stain coklat tu lagi.. Alhamdulillah~ Tapi kan manusia ni mmg cepat lupa, gembira sbb xde stain kluar esoknya pada petang 26/11/2013 kak yun dengan senang hati mengajak hubby gi jalan2 kat Jusco Perda huhu dengan badan yang masih belum pulih sepenuhnya kak yun dh gatal nk gi jalan2 (boring gilerrrr dok umah kot).. So bila balik dari Jusco tu tengok2 ade stain lagi banyak kali ni disertai dengan fresh blood.. apa lagi... meraung la kak yun.. hubby pn terdiam sampai xterkata apa2.. dia suruh kak yun rehat dan tido terus.. sedih plak tgk muka hubby, dia pn turut bersedih dengan kak yun waaaaa~

Esoknya 27/11/2013 seperti yg dijanjikan kak yun kena jumpa balik gynea kt KPJ Perda tu.. kali ni kak yun dah bersedia untuk terima apa saja result (lebih kepada kehilangan kandungan ini sebenarnya) kesan daripada stain yg keluar semalam tula (T-T) sobs sobs sobs~ so, gynea suruh buat balik blood test untuk tahu keputusan hCG kak yun... dipendekkan cerita.. YA.. kak yun telah kehilangan kandungan tersebut, hanya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya... Innalillah.. gynea pn set appointment untuk melakukan process D&C (Dilation & Curettage) iaitu proses mencuci rahim kerana keguguran~ Aiyooo dh terbayang di kepala, blom lagi bersalin tutttt dh kena korek2.. kak yun xsabarnya menggoogle proses tu camne.. mak aihhhh ramainya yang kata sakit.. ohhhh tidakkkkk~

Macam dh xlarat je nak menaip.. so bersambung jela haha

***poffff***


No comments:

Post a Comment